Wednesday 16 December 2015

entri 2

teks: noorazimah abdullah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya memulakan tugas seharian dengan penuh semangat yang tinggi. Seawal 7:40 am saya sudah terpacak di ofis. Mula tugasan dengan menyiapkan kerja yang tertangguh semalam. Dalam pada itu meneruskan tugas rutin, membalas email pelanggan dan menyemak to do list for today.

Semasa membuat quotation pelanggan, adalah sedikit kesilapan sewaktu meletakkan gambar produk. Di sebabkan hal itu, pengurus cawangan saya telah membuat satu meeting yang mana saya dapat mengagak ia akan menjadi satu keadaan yang buruk bagi saya. Semangat yang menggebu gebu untuk bekerja dengan cemerlang pada hari itu terpadam tiba tiba. Ini bukan kali pertama saya hadapi. Dah berkali kali tapi saya tetap bersabar.

Oklah fine. Dengarlah leteran seumpama membaca kitab tidak berbaris. Hampir dua jam saya menadah telinga menghadap dia yang mana dipanggil 'meeting' (meeting yang bawa maksud  pada saya ialah kena marah). Apabila tiba minit ke 120, kepala saya sudah tak boleh angkat lagi. Mata sudah terasa panas bak  menahan empangan. Akhirnya pecah jua dan saya bergegas ke bilik air berhampiran untuk melepaskan. Tak lama kemudian saya dengar bunyi deruan enjin baru saya keluar dari bilik air.

Dalam pada itu saya tak habis fikir, apa hikmah semua ini. Sepanjang saya bekerja dengan company Taiwan ini, sehingga hari ini, walau sebaik dan sebagus mana prestasi saya tunjukkan, tidak pernah dihargai,(itu aje yang dapat dirasa ketika ini) Apakah jodoh saya panjang untuk berkhidmat lagi? kalau diikutkan hati yang geram dan panas ini, mungkinlah ini hari terakhir saya bekerja disini.

Keluar dari bilik air saya memutuskan untuk keluar dari pejabat untuk tenangkan diri. Memikir mikir dan menimbang semula, Apakah jalan yang harus saya pilih? berkenaan hal tadi, saya boleh terima kalau kesalahan yang saya lakukan itu adalah pecah amanah ke, salah guna kuasa ke atau menyebabkan kematian sesiapa. 2 jam kena marah  rasa tak padan benar dengan kesalahan yang dilakukan. Dalam leteran itu, mengungkit pula pasal report harian yang mana setiap minit harus ditulis buat apa pergi mana dan kalau panjang sedikit dia akan mula persoal kenapa ambil masa yang lama untuk siap. Allahu.. saya rasa adakah saya bekerja dengan diktator?komunis?atau penjajah era baru?

Demikialah hari saya bermula hari ini. Saya mula terbayang bayang wajah anak anak saya tinggalkan dibawah jagaan pengasuh. Keinginan untuk memulakan bisnes sendiri sambil menjaga sendiri anak anak dirumah kembali membara. Sebaik dan sebagus mana gaji yang diterima pun, sudah tidak bernilai untuk terus mencurahkan bakti, sekiranya hati sakit dan tiada penghargaan dari majikan. Bukan dahaga pujian sangat, tapi buatlah perkara yang boleh menyenangkan hati pekerja sikit. Janganlah terlalu kedekut untuk senyum dan pekerja bukan robot dan bukan juga malaikat untuk bebas dari melakukan kesalahan.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan saya yakin itu. Saya rasa ini adalah salah satu hint yang Allah berikan untuk saya memulakan bisnes sendiri sepenuh masa. Siapa tahu?

Doakan saya ye sahabat-sahabat...in sha Allah.




No comments:

Post a Comment