Tuesday 15 December 2015

salam perkenalan

entri 1

teks:noorazimah abdullah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya merupakan seorang surirumah yang pada masa yang sama bekerja di sektor swasta. Mula berjinak jinak dengan dunia perniagaan sedari kecil dan minat itu terus bercambah dan makin segar setelah tamat belajar dan terjerumus pula dalam dunia pekerjaan yang berasaskan perniagaan.

Cerita serba sedikit tentang diri saya...

Bermulanya saya sebagai usahawan sebenarnya sejak kecil lagi. Almarhum ibu saya mendirikan sebuah kedai runcit merangkap kedai kopi di kampung pinggir bandar.Kami memanggilnya Ma. Seawal pagi Ma bangun menyiapkan jualan disebelah pagi (breakfast). Menjual nasi berlauk ayam, nasi lemak, nasi kerabu, mee serta bihun goreng dan kuih muih. Ma dibantu oleh adik tirinya dan kami anak anaknya seramai 6 orang.

Sebelah petang Ma akan ke bandar untuk menjalankan perniagaan dia (jual barang-barang secara ansuran) serta mencari barang keperluan untuk berniaga pada esoknya. Boleh dikatakan perniagaan Ma maju dan rumah kami merupakan rumah pertama mempunyai tv. Waktu itu umur saya baru mencecah lima atau enam tahun. Peranan saya ialah membantu Ma membuat kuih donat dan seawal 4 pagi saya sudah mula memulakan operasi. Setelah itu barulah saya ke sekolah. masa itu saya sudah bersekolah menengah.

Pulang dari sekolah, selesai mengaji Quran tugas pertama saya telah menanti. Iaitu menjaga kedai Ma sementara Ma ke bandar. Saya bergilir gilir dengan adik saya. Maka rutin harian saya pada waktu itu  ialah menjaga kedai runcit aka kedai kopi disamping menelaah buku buku pelajaran. Kebiasaannya saya banyak membaca novel dan membuat kerja sekolah hanya pada waktu malam kerana tiada banyak gangguan seperti di siang hari.

Itulah secebis pengalaman diwaktu kecil dan di zaman persekolahan, Dimana saya didedahkan dengan alam perniagaan sedari kecil. Blue print berlatarkan perniagaan banyak mencorakkan warna kehidupan saya pabila menempuh alam dewasa.

Kini saya bekerja di sebuah syarikat marketing dimana saya terlibat dalam menguruskan perniagaan membekalkan hotel equipment, specialize in tableware products. Di sini saya di dedahkan dengan   cara operasi orang Taiwan dan orang Cina dari segi aspek pengurusan dan cara kerja. Sebab itulah saya masih bergelar pekerja kerana di syarikat ini saya banyak belajar tentang bagaimana  menguruskan sebuah perniagaan diperingkat lebih global. Tambahan pula, modal pun masih belum mencukupi untuk saya melibatkan diri secara sepenuh masa dalam perniagaan.

Ok... Saya stop sini dulu la ye. Esok kita jumpa lagi di entri yang lain. Banyak lagi yang saya nak kongsikan dengan sahabat sabahat alam maya. Doakan saya istiqamah dalam menulis. Menulis pun sebenarnya hobi saya dan saya suka...hehe

bye






No comments:

Post a Comment